KAD KEAHLIAN PINCH OF SALT

image

Rupanya TGI Fridays M’sia ini dibawah pengurusan Chaswood Outlet. Selepas 4 kali datang melepak kat sini, baru aku perasan huhu. Pengsan. Italiannies pun rupanya dibawah pengurusan yang sama huhu. Rindunya nak makan kat Italianese, The Garden. I miss that moment very much. Ahaks

image

 

Last time, semasa aku singgah berbuka puasa di TGI Fridays, dok menggatal tangan untuk daftar sebagai ahli untuk Chaswood Outlet  do TGI Fridays 🙂 Kononnya nak mendapatkan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan dan juga voucher RM30 untuk birthday akan datang aku hahaha. * terma dan syarat tertentu.

image

Alah, daftar FREE je pun. Isi borang dan terus dapat kad keahlian. Siapa tahu, sambut birthday kat sini ke kan? ahaks. Memang perasan jugaklah, setiap kali datang makan kat TGI Fridays ini, mesti akan ada je orang yang tepuk tangan + bagi kek + sambut birthday kat sini. OMG…malunya hahaha.

BERBUKA PUASA DI TGI FRIDAY, ALAMANDA PUTRAJAYA

image

Syukurlah nak,aku berjaya berpuasa 9 dan 10 Muharam. Ini adalah pertama kali aku berpuasa sunat pada bulan Muharam. Alhamdulillah 🙂 Emmmm, tak tahu esok nak sarapan apa hahahaha.

Plannya hari ini nak berbuka puasa di rumah sahaja. Tapi Salina tetiba ajak untuk berbuka puasa bersama dengannya di luar. Gigih pakcik memikirkan nak makan apa. Last2, makan kat TGI Friday je. Ini adalah kali kedua aku makan kat sini. 1st time aku makan kat Pavilion KL.
image

Terima kasih kepada Salina yang sudi meneman kitorang berbuka puasa hari ini. Menceriakan suasana dan sangat positif. I like.

image

Aku tak pandai dan tak tahu nak order apa. Ambil sahaja mana-mana yang difikirkan berkenan. Last last kitorang order Tennessee New York and Shrimp, Championship BBQ Chicken dan Grill Carribien Wings dan bottomless ice lemon tea. Agak takut nak order banyak cz takut tak habis.
image

image

image

Not bad dan sangat sedap rasa dagingnya. Aku suka dengan cara daging ini dimasak dan sosnya. Tak perlu makan dengan sos cili. Not sure diorang guna perencah / bahan grill yang macam mana. Tapi, memang sedap. Pemilihan menu yang tepat dan lazat.

Next time, mungkin aku akan datang sini lagi 🙂 Emmm, Salina suka makan sushi tak? Lupa nak tanya. Yeah, pakcik lama tak makan sushi 🙁 Jom teman boleh? Huhu.