MENANTI KUNCI RUMAH

image

Tengahari tadi, aku curi masa menguruskan perihal rumah. Aku terpalit sama untuk menguruskan perihal pembelian rumah ini. Sabar je lah.

Takpelah, bak kata Salina Mansyahar kita kene positif. Kita tak tahu kifarahnya kelak.

image

Dalam plan nampak cantik, dan of cz the real bangunannya lebih cantik. Sesuailah dengan harga beliannya kan? Haiyoooo, time beli haritu harganya area RM250K. Tadi katanya harga rumah ini sudah mencecah RM450K. Tak tahulah kenapa mahal dan naik harga banyak sangat. Apa yang kerajaan buat selama ini? Yeeee, selama ini.

image

Jadi, kalau tiada aral melintang, aku kene join pindah rumah sekali sebelum bulan puasa nanti. Matilah kene bayar monthly payment. Sebulan gaji PSH untuk lepasan SPM. Pengsan 10 kali.

image

image

Tiara Park Homes nama kondo ini. Monthly payment untuk maintenance pun area RM200 camtu. Aku tak tengok lagi apa yang dibayar. Adakah termasuk mandi-manda dan gym? Harap masuk sekali. So, bolehlah aku bersenam time ada kelapangan kannn. Kata kau!!.

image

image

Kunci rumah tak dapat lagi. So aku tak boleh masuk dalam rumah lagi. Sekadar boleh menjenguk di kawasan bawah kondo sahaja. Abang security yang jaga tu pun baik baik sahaja. Ramah dan pandai melayan apa aku cakap hahaha.

image

Apapun, dia fail bab ambil gambar. Haiiyoooo, nasib baik jiwa aku kosong time tu dan aku pun nak balik cepat masuk pejabat. Kalau tak, mau aku suruh dia ambil banyak gambar aku hahaha.

image

Hurrrmmmm, nasib baik aku ini hensem dan comel. Ambil lah apa apa gambar sekalipun. Memang masuk dan menjadi hihi. Sangat photogenic gitewww.

Masuk bakul angkat sendiri.