Tinted Kereta Murah di Tinted Magic Kajang

Ini adalah pertama kali punya pengalaman aku buat tinted kereta. Selama ini, kereta aku memang tidak pernah ber-tinted. Selama 10 tahun lebih aku buat dek dan merasakan tinted itu mahal dan tidak penting sangat. Sebab, aku bukannya selalu naik kereta waktu panas terik.

Tapi, sekarang rasa ada duit lebih sedikit. Aku pun sejak kebelakangan ini perlu hadir mesyuarat di Putrajaya yang memang susah nak cari parking di sekitar Parcel E tu. Huh, bahang panas yang amat terasa. Pakai krim sunscreen pun rasa macam tak berkesan mana. Aircond pasang kuat pun aku rasa masih terasa panas terik dan silau cahaya memancar.

Tinted Magic Kajang ini aku jumpa iklannya di Facebook. Jumpa secara kebetulan je pun sebab kawan ada suggest untuk pasang tinted kereta pada harga RM40 sahaja di Jalan Klang Lama. Aku pun tak tahu murah dan kualitinya bagaimana. Pada masa yang sama, kawan sepejabat lelaki pula beritahu, buatlah di Tinted Magic. Disitu harganya berbaloi berbanding tempat lain. Popular dikalangan rakan-rakan dia katanya. Secara kebetulan pula memang aku tahu ada Tinted Magic cawangan Kajang ini. Makin kuatlah naluri aku untuk memilih kedai tinted ini.

Baca: The Ordinary Niacinamide Malaysia Review

Salina, sebelum ini tinted di salah satu kedai di Bandar Baru Bangi. Total kos yang dikenakan ialah RM1,000 lebih macam tu. Aku pun tak tahu apa jenis tinted yang dia pilih.

Hujung minggu lepas, terasa macam free je. Lepas selesai urusan di kedai kucing dan solat di Masjid Hasanah Bangi, aku terasa panas semacam dok dalam kereta. Membahang je. Waktu pula sekitar pukul 3 petang lebih. Terfikir secara tiba-tiba pasal ‘tinted magic kajang’. Terus google maps lokasi dia dan terkesima sebentar. Rupanya di Jalan Reko je. Memang aku lalu kawasan itu selalu. Beli pasir kucing pun sekitar kawasan itu juga hahahaha. Nampak sangat aku tak pernah melilau tengok kawasan.

Sewaktu aku datang, tak ramai orang. Tengok gaya macam ada 2 atau 3 buah kereta sahaja yang sedang di tinted. Tengok dalam gambar macam ramai orang je yang datang. Kiranya, aku bernasib baik lah nie kot.

OK, Kakitangan kedai ada menerangkan akan jenis-jenis tinted yang dijual disitu. Paling murah ada dan paling mahal pun ada. Untuk Perodua Viva katanya RM220 dan yang paling mahal harganya sekitar RM400 – RM500. Aku tak berapa ingat. Aku mana nak faham bab macam tu. Senang cerita, aku pilih harga yang ditengah-tengah iaitu RM350 untuk jenis Alloy (namanya). Diorang bagi Warranty selama 3 tahun untuk tinted jenis ini. Pemasangan pula mengambil masa sekitar 1 jam setengah hingga 2 jam katanya. Aku pun setuju.

Baca: 1001 Maksud Dan Tafsir Mimpi

Katanya, peratusan gelap pada tinted tidak mempengaruhi harga. Yang mempengaruhi harga adalah jenis tinted itu sendiri. Iaitu kualiti dan berapa peratus UV yang boleh di filter katanya. OK! Ini ilmu baru untuk aku. Hitam tak semestinya sejuk.

Bukan UV pada tinted yang buat kereta lebih sejuk dan lebih tahan panas, tapi IR/IRR yang buat kereta lebih sejuk. Maksudnya sebelum pasang tinted tanya tentang IR/IRR produk dulu baru pasang. Lagi tinggi IR/IRR maka lagi tahan panas sebab lagi tinggi menolak haba infrared matahari.

Baca: Senarai Cawangan Wong Solo – Ayam Penyet Sedap

Tak perlu cari tinted harga ribu-ribu ringgit sebab ‘BRAND’ sahaja sebab dengan ratus-ratus ringgit pun anda boleh dapat tinted sama kualiti cuma ‘BRAND’ nya sahaja tiada. Kenapa perlu bayar lebih sebab ‘BRAND’ sedangkan anda boleh dapat kualiti sama dengan harga yang lebih murah.