Tukar Tayar Kereta di Enkai Automobile Kajang

Sambungan daripada kisah tayar pancit di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) tempoh hari. Tayar kereta kelihatan koyak rabak. Tak boleh ditampal. Jadinya, kena beli baru. Nasib baik keempat-empat tayar tu baru je ditukar. Jadinya, tidak ralat sangatlah kalau tukar sebiji je tayar hihi. Aci dok?

Sebenarnya, orang macam aku ni agak tuli bab kejuruteraan dan teknikal nie. Tak tahu nak bercerita sangat bab-bab kereta ni. Beli dan pakai je tahunya. Sebab tu kena pergi ke kedai yang bukan sahaja menjual, tapi juga boleh memberi pendapat dan pandangan bernas. Sesambil menjual, mengajar akan perkara berkaitan.

Kedai tayar Enkai Automobile nie dekat je dengan rumah aku. Rasa macam okay pula pergi kedai nie. Mekanik tu siap ajar dan bagitahu akan belebihan dan kekurangan jenama tayar sekian-sekian. Ko nak tayar yang macam mana dan bajet yang macam mana. Dia pun bagi penerangan itu dan ini. Kira okay lah kan.

Aku pun dah beberapa kali datang sini. Servis kereta (tukar minyak) bla bla bla pun kat sini juga. Sangat berbeza okay servis dan layanan yang diberikan kat sini berbanding kedai tayar di Semenyih yang aku pergi sebelum ini. Harga pun aku rasa macam murah. Siap kasi diskaun. Kalau mahal, dia kata mahal. Kalau murah dia kata murah. Lepas tu apa pro dan kontra nya. Penerangan yang meyakinkan.

p/s Tayar Viva Rina Natasya pun dah nak expired bulan nie. Lepas raya nanti, memang nak minta kena tukar baru. Pengsan.