MAKAN DI R&R ULU BENDOL

image

Semalam, aku kene pergi ke Pahang via Kuala Pilah. Pergi ikut wase je pun. Nak buat macam mana, jalan LPT masih lagi ditenggelami air katanya.

Dalam perjalanan tu, singgah makan di kawasan rehat dan rawat di Ulu Bendul Negeri Sembilan. Sedap betul masakan disini.

image

Just wonder samaada kami bersarapan atau makan tengahari terus hahaha. Makan nasi lemak tapi lauk pauk yang kami ambil dah macam makan tengahari rasanya.

Sedap juga masakan negeri sembilan nie. Aku admit dan memang sedap. Semua masakannya ada rasa.

image

Aku sendiri tak pasti macam mana tempat yang kami singgah ini. Nampak gaya macam ada air terjun. Aku pun dah lama yang amat tidak mandi air terjun. Rasa teringin nak mandi manda la pulok.

image

Hurmmm, kene curi curi masa untuk jalan jalan menikmati kehidupan. Kerja sahaja, sampai bila nak habis. Lagipun aku kene lebih relax dan kurangkan stress. Untuk kesihatan diri jua 🙂

OK, perancangan tahun ini ialah nak pergi bercuti di Taman Negara + Tasik Kenyir. Yang penting, nak pastikan disitu ada internet. Hahahaha…senang untuk aku update blog nanti. Live update.