Aku bukanlah seorang penggemar makananan ekotik yang tegar. Dan aku pun tidak pasti samaada urat ketin ini boleh dikatogerikan sebagai makanan eksotik atau tidak 🙂
Lokasi : Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Google Maps sahaja 🙂
Takdir tuhan..aku diketemukan dengan tempat makan ini tatkala aku join jalan jalan cari makan dengan geng geng debat Su. Aku pulak, bukanlah seorang yang memilih sangat dalam bab makan ini. Main bedal sahaja. Lagipun makan ramai ramai..kira meriahlah jugak suasananya. Ahhh cerita lama tahun lepas. Sweet memory