12 MASJID DI HO CHI MINH CITY VIETNAM

Sebagai orang Islam,sudah semestinya makanan halal dan masjid merupakan salah satu perkara utama yang perlu diambil kira sebelum sesuatu perjalanan itu dimulakan. Jadi, aku tidak mahu perjalanan ke HCMC kelak sedikit terganggu gugat dek kerana perkara ini.Lagi-lagi kali ini pergi bersama orang tua. Kene pastikan segalanya berjalan lancar.

Kalau kita google tentang Saigon atau Kota Ho Chi Minh, memang susah untuk kita cari keterangan tentang masjid di Ho Chi Minh City ini. Data yang ada disitu pun cuma menyebutkan populasi umat Islam adalah kurang dari 2%. Berikut merupakan taburan penduduk HCMC berdasarkan kepada anutan agamanya : Buddha 80%, Katolik Roma 11%, Protestan 2%, lain-lain (Cao Dai, Hoa Hao, Islam , Hindu, Baha’i) 2%, dan tidak ada agama atau tidak diketahui 5%.

Continue reading 12 MASJID DI HO CHI MINH CITY VIETNAM

25 FAKTA MENGENAI HO CHI MINH CITY VIETNAM

Orang kata, sebelum pergi ke mana-mana tempat yang asing, kita kene tahu dahulu sifat dan ciri ciri tempat dan penduduk dikawasan itu. Jadi, disini aku senaraikan tambahan 25 fakta mengenai bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam :-

LOKASI DAN SEJARAH HO CHI MINH CITY VIETNAM

Bandaraya Ho Chi Minh merupakan sebuah bandar terbesar di Vietnam. ia juga turut dijadikan sebagai hub ekonomi dan budaya bagi negara ini.Pada asalnya, ia merupakan wilayah Kemboja sehinggalah bangsa vietnam mentadbir sendiri bandar ini pada abad ke-17.

Continue reading LOKASI DAN SEJARAH HO CHI MINH CITY VIETNAM

BEN THANH MARKET

Insyaallah, next trip aku selepas ini ialah Ho Chi Minh City. Semoga Allah memudahkan urusan kami semua untuk keluar melihat kepelbagaian ciptaan-Nya. Besar kemungkinan selepas ini, aku akan lebih banyak mengeluarkan entry yang berkaitan dengan HCMC, Vietnam ini. Bukan apa, untuk rujukan dan bekalan aku di sana nanti. Tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.
Jadi, entry pertama aku mengenai HCMC ini ialah mengenai Ben Thanh Market. Ini merupakan salah satu tempat utama yang akan kami pergi lawati nanti. Berikut merupakan 10 perkara mengenai Ben Tanh Market :-