DI MAJLIS PERKAHWINAN SITI SALWA aka WAWA

_DSC2477

 

Gambar lama beberapa tahun yang lepas di majlis perkahwinan Siti Salwa aka Wawa di kampung dia di Changkat Lada, Perak. Gigih 3 jam lebih aku memandu untuk datang bertandang di majlis perkahwinan dia. Menakjubkan betul kegigihan aku itu.

Aku datang pun guna wasa / google map je. Alhamdulillah sampai walaupun pada mulanya rasa pelik dan terasa seakan masuk ke dunia lain hihi.

_DSC2479

_DSC2480

 

Katanya sekarang ini dia sudah beranak seorang. Anak perempuan rasanya. Kekadang, menyinggah juga ke Segamat. Tapi tak terniat dan sempat nak membelok ke rumah dia di Segamat. Tak tahu apa khabar dia sekarang. Harap sihat sejahtera bersama keluarga dan yang tersayang.

_DSC2496

HADIAH PERKAHWINAN WAWA UDIN

image

Hadiah perkahwinan sempena perkahwinan wawa & udin esok 🙂 Aku berkongsi dengan Noor Salina Baharuddin untuk membeli Kipas Angin duduk jenama Sharp (16 inci kalau tak silap).

Haruslah beli hadiah yang besar gabas u olllz. Baru nampak mencapap & menonjol dari yang lain.

Plan tadi nak je beli kipas angin berdiri yang panjang tu. Tapi berat sangat plak. Takut tak larat nak mengangkat hahaha. Kemudian, kotaknya besar gedabak. Segan plak nak suruh orang tu bungkus. Silap silap, aku kene sindir dengan adik tukang bungkus tu – kenapa tak bagi hadiah mesin basuh / peti sejuk je. Alang-alang nak membungkus kannnn.