Ayam Penyet Wong Solo – Sedapnya Dimana?

Kekadang, terfikir juga. Ayam Penyet Wong Solo ini sedapnya dimana? Ayam? Sambal? Servis? atau apa?

Tadi, semasa aku makan, tetiba terfikir, ayam penyet wong solo ini sedapnya ada pada sambal kicap dan sambal cili merahnya. Pedas, manis dan masam secukup rasa.

Sedap pada ayamnya pula sebab dihidangkan tatkala masih panas-panas. Im not sure macam mana diorang bajet goreng ayam tu. Tapi, orang yang datang memang non-stop. Jadinya, goreng habis goreng habislah gamaknya.

Selalunya, kalau makan sini mesti akan order bersekali dengan emping (keropok) ini. Krap krup krap krup. Belinjo orang jawa johor panggil hihi.

AYAM PENYET WONG SOLO

image

Kalau lapar dan kene makan seorang, aku mesti akan datang makan ayam penyet di Restoran Wong Solo Bangi. Cz rasanya, disini sahaja yang boleh memuaskan hati aku dengan tema makanan jawa dan pedas.

Tapi kan, aku tengok sekarang tempat ini macam terlebih popular. Tiap kali datang je mesti penuh dan berebut meja makan. Tak syok dan aku rasa kurang selesa. Kita nak makan dalam keadaan selesa dan relax.

Pada masa yang sama, rasa ayam penyetnya kekadang kurang masak + kurang fresh + sedikit berbau hanyir. Cabaran utama dalam business makanan ini ialah untuk mengekalkan rasa dan kualiti masakan.

Maybe next time kene ajak Salina makan ayam penyet kat tempat lain.

MAKAN DI WONG SOLO BERSAMA SALINA

image

Haaa, semalam aku dok bawa Salina Kelantan makan di Restoran Wong Solo. Walhal, beberapa hari lepas aku dah makan kat sini. Rasa mengidam plak tetiba kann hihi.

Seperti biasa, Salina tidak akan order makanan yang bersambal / belacan / sos. So, mahu tak mahu aku kene habiskan dia punya. Apa yang tinggal untuk dia? Nasi dan ayam goreng sahaja.

Haiyooo, mahu gemuk aku jadinya kalau acap kali makan dengan dia, aku yang habiskan makanan dia. Pengsan.
image

Imprezzz cz pada waktu itu aku sudah tak larat nak habiskan lauk. Banyak sangat dikk. Lagipun pada belah paginya aku sudah melantak gulai itik, gulai ayam dan nasi hangit. Sentap.