TAMAN PUTRA PERDANA PUTRAJAYA

Kebanyakan waktu pagi minggu aku dan housemate aku banyak dihabiskan untuk berjoging (bergantung kepada masa, outstation dan cuaca). Aku baru duduk di Putrajaya ini lebih kurang beberapa bulan yang lalu.

So impress, Putrajaya ada banyak taman. Cuma kurang orang yang pergi sini. Nampak sunyi + seram untuk masa masa tertentu 🙂 Takut mak

Aku tengok, tempat ini memang sesuai untuk berjoging dan bermain permainan yang simple – badminton.
Sesuai dengan kedudukannya di atas bukit, jadi pemandangannya pun nampak lebih menarik. sesuai untuk mereka mereka yang kemaruk mahu ambil gambar pra perkahwinan atau video perkahwinan. Lagipun taman ini juga berhampiran dengan Shangri La Resort dan Istana. No wonder pemandangannya cantik. Taman orang kaya macam ini juga lagaknya kot

Apa yang paling aku suka pada tempat ini ialah ada kemudahan Gym terbuka. Mahu pergi Gym bebayar agak kureng mampu. Jadi, kat sinilah aku lepaskan gian (kalau gian datang). Saja feeling feeling. Udara paginya pun memang fresh.

Cuma aku rasa, di kawasan yang ada mercu tandanya itu seakan kurang terjaga dengan baik. Tiada unsur air – air pancut etc. Ada tapi tidak berfungsi. Itu sahaja kelemahannya