Tamat Semester Pertama Master Komunikasi Korporat UPM

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Minggu lepas, aku sudah berjaya menamatkan Semester Pertama aku untuk Master Komunikasi Korporat UPM. Secara kebetulan aku masuk pada Semester Kedua 2018/2019. Rasa macam suasana lebih tenang dan damai lah pulak hihi.

Semuanya berlaku sekelip mata je. Umpama baru semalam aku dok buat pemeriksaan kesihatan di Klinik UPM. Rupanya, boleh je untuk kita buat pemeriksaan kesihatan di Klinik luar. Cuma mungkin kos bayarannya lain atau lebih mahal lah kot. Lagi satu, kalau buat pemeriksaan kesihatan di UPM, tatkala buat pendaftaran, akan skip satu proses untuk semakan dokumen kesihatan. Kan ke lebih mudah tu.

Semester Pertama aku ambil 3 matapelajaran sahaja iaitu Statistics for Communication Research, Communication Theory dan Research Methodology. Sebab apa aku ambil ini? Kod Subject paling rendah. Aku beranggapan, semakin tinggi kod subjek, maknanya makin susah sesebuah subjek itu.
Statistics for Communication Research oleh Dr Julia Wirza. Seorang lecture yang muda setahun drpd aku. Sangat supportive dan gigih memberi tunjuk ajar kpd anak murid hihi. Mesra pelajar dan kesemua kami selesa belajar dengan Dr Julia. Alhamdulillah majority drpd kami memperoleh keputusan A (markah antara 80 hingga 100). Terima kasih setinggi langit. Insyaallah kami akan kenang hingga ke syurga.
Manakala untuk subjek Research Methodology pula kami diajar oleh Prof Dr Mua’Ti merangkap Dekan Fakulti. Ramai orang memerikan respon kagum dan teruja menjadi anak murid beliau. Begitu juga aku. Mungkin gaya pengajaran yang bersahaja dan penuh ilmu didada. Lagipun, aku dambakan sepenuhnya jiwa raga aku kepada subjek ini. Kegemaran katanya. Siap buat research proposal bermuka surat 84 lagi. Mencapap tak? Insyaallah aku mengharapkan keajaiban untuk memperoleh A bagi subjek ini. Doakan…
Untuk subjek Communication Theory pula kami diajar oleh Dr Wan Anita Wan Abas (atau lebih dikenali sbg Dr Wawa). Dlm subjek ini kami dibahagikan kpd beberapa kumpulan dan tiap minggu ada pembentangan oleh satu kumpulan camtu. Agak sukar dan janggal bagi aku yang tidak punya asas rasmi dalam bidang komunikasi. Aku amat mengharapkan keajaiban kuasa infiniti untuk dapat A bagi subjek ini. Huuuu sedih. Risau yang amat sebab apa yang aku belajar tak masuk langsung. Soalan Umum lah pulok yang ditanya. Pengsan.
Apapun, aku enjoy dan happy dengan semester pertama aku ini. Jumpa kawan baharu daripada pelbagai latar belakang. Lucu melihat gelagat masing-masing. Sebuah pengalaman baharu yang mengasyikkan. Insyaallah moga berjaya cemerlang kesemuanya.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI