Kalau manusia, bolehlah mengadu sakit sana sini. Tapi kalau kucing comel macam mana pula? Meow meow meow je lah tahunya kan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tanda yang boleh kita perhatikan samaada kucing comel kita sihat atau sebaliknya. Disini, aku senaraikan beberapa tanda-tanda awal kucing anda (kita) sedang sakit. Hasil daripada En Google dan pembacaan buku-buku berkaitan.
Kalau nampak je tanda-tanda seumpama ini, cepat-cepat bawa ke klinik veterinar berhampiran. Kalau sihat, syukur alhamdulillah. Tapi kalau sebaliknya, tak ke menyedihkan bukan?
- Muntah yang berlaku secara berterusan (lebih dari 24 jam)
- Asyik bersin sahaja sehingga lubang hidung menjadi merah. Hingus pula keluar berwarna kehijauan.
- Kesukaran untuk bernafas
- Batuk yang berterusan
- Bengkak atau benjolan pada mana-mana bahagian pada tubuh
- Terdapat kesan gigitan
- Sering buang air kecil atau cirit birit (lebih daripada 24 jam) atau langsung tidak buang air kecil / besar
- Kerap minum atau langsung tidak mahu minum
- Kesan darah pada air kencing / najis
- Berat badan turun secara mendadak
- Air liur keluar/meleleh dengan banyak
- Sawan
- Mengalamai masalah untuk membuka / menutup mulut
- Jalan terhuyang hayang
- Pengsan
- Air mata yang keluar secara berlebihan
- Bulu yang kelihatan tidak bersinar / gugur dengan banyak
- Pendarahan di hidung / mulut / telinga
- Tidak boleh disentuh. Jika disentuh juga, dia akan meraung seakan kesakitan
- Masalah gusi – jika kelihatan putih, ia adalah petanda anemia iaitu kekurangan sel darah merah (gusi yang normal berwarna merah jambu). Jika gusi kelihatan kekuningan, ia petanda masalah hati. Jika gusi berwarna kebiruan, itu petanda kekurangan oksigen yang disebabkan oleh masalah pernafasan ataupun keracunan.