Kemana jua aku pergi, gambar tandas memang aku akan ambil. Aku antara orang yang tak tahan sejuk. Pantang minum lebih sedikit time sejuk, mesti akan ulang alik toilet sokmo huhu.
Tandas kat Grand Hyatt ini nampak smart je gayanya. Simple dan selesa. Bau pun tak ada. Wangi je. Sesuai sangat lah dengan status hotel 5 bintang kan.
Apapun, bagi aku Marriot Hotel Bukit Bintang tetap the best huhu.
Lain orang, lain citarasanya. Aku lebih suka pencahayaan di Marriot berbanding Grand Hyatt ini. Oh, maybe aku ini seorang yang loyal kot. Hahahaha.
Not sure macam mana tandas untuk bilik penginapan disini. Tandas yang aku pergi ini untuk tingkat 2 – Salon room katanya.