Betul orang kata, bangsa Thailand ini pembersih. Walaupun tidak semaju (katanya) Malaysia, tapi diorang pembersih. Tengok je tandas awam diorang. Memang sentiasa bersih / dibersihkan. Tak ada bau langsung. Kalau ada bau pun, bau pewangi.
Ada tandas awam yang berbayar dan ada yang percuma. Sama bersihnya. Lagi satu, tandas diorang praktikal. Material macam dinding, selak, tempat flush semua tahan lasak dan boleh guna lama.
Nampak buruk dan tidak menarik tapi bersih dan selesa. Nak buang air besar pun selesa. Harganya? Serendah 30 sen sahaja dik.