Kami terut berkesempatan mengikuti trip Jungle Tracking pada petang sabtu itu. Suasananya agak lucu dek kerana aku memang punya banyak pengalaman keluar masuk hutan khasnya di Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA). Oh, layankan sahaja 🙂
|
Tanjung Jara Beach Resort Dungun Terengganu |

Oh, rupanya kami naik ke hutan yang terletak diatas bukit tempat kami menginap..pengsan. Tidak banyak yang dapat mengujakan aku, cuma kehadiran pokok meranti yang berusia hampir 20tahun disitu telah membuatkan aku berfikir. Apa akan jadi jika pokok itu tumbang dek dipanah petir? Atau tumbang dek kerana ribut kuat?
Kami berpeluang melihat suasana pantai dan laut ‘nun jauh disana’ yang terbentang luas. Syukur, aku berpeluang untuk melihat ciptaan-Nya. Sujud syukur dalam hati.
Insyaallah, jika dimurahkan rezeki pasti aku akan membawa keluarga aku pergi melawat mana-mana tempat pelancongan yang bersesuaian. Semoga Allah memakbulkan doaku. Amin