Cuti Maal Hijrah yang lepas, aku dok pergi rumah kawan kat Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Oh, aku ada beberapa orang kawan yang duduk kat area sini. Lepas nie aku akan datang sokmo kat sini kot. Khairul dan juga Nahar hihi. Pusing pusing pusing. . . Jumpa balik kawan lama. Pengsan
But, rumah kawan yang aku datang (minggu lalu) tu kawan yang bukan origin. Kawan kepada kawan. . Saja lepak2 u ollz. Kami belikan diorang durian. diorang pula belikan kamu sup / tomyam / nasi dan telur dadar. Aci dok hahahaha
Kat Bandar Tasik Permaisuri memang ada banyak.gerai yang menjual durian. Bertuah betul orang kat sini. Jamu durian sokmo. But now musim durian baru je mula. So, rasanya harga agak mahal lagi. Besar kemungkinan akan ada spekulasi harga.
Aku baru tahu rupanya kualiti durian perak dan pahang ada bezanya. Durian Pahang agak mahal sedikit cz isinya lebih sedap. Saiznya pun lebih kecil sedikit – si penjual tu kata
Kekadang tu, durian kampung lebih enak berbanding durian kacukan bagai ni. Rasanya lebih original dan jujur. Think so
Durian kampung daripada pahang ni kami beli dengan harga RM8 sekilo. So, beli 2 cukup kot. Makan durian tak leh banyak sangat. Nanti terlebih panas plak badan hihi
Gerai kat sini ada sediakan bekas polisterin. So, diorang akan tolong kupaskan dan masuk terus dalam bekas tu. Tak payah susah susah kopek sendiri kat rumah pastu buang kulit dan bijinya. Jimat masa dan kurangkan bau. Senang hidup u ollz.
Aku tak sangat makan kat rumah orang. Tapi bedal je cz sedap kot tomyam tu. Hebat. . . Lama xrasa tomyam yang ‘rasa tomyam’ . Kenyang giler ok hihi. Yang penting, makan dengan sambal petai. Nyum nyum
Kekadang, hidup bermasyarakat ni best gak 🙂