TEMPAT BUANG AIR KUCING – SILIKA VS SISA KAYU PAIN

603052_476157479107854_559761451_n

 

Beberapa hari yang, kitorang pergi ke Pet Lovers Centre The Mines. Niatnya nak beli Cat Litter Silika untuk anak anak kucing ini. Tak perasan plak rupanya stok dah habis haha. Tau aku beli awal awal haritu.

Siapa tahu, aku tetiba ternampak Cat Litter yang diperbuat daripada sisa kayu pain ini. Harga untuk 10KG ialah area RM37 camtu. Kalau beli 30KG, harganya dalam lingkungan RM100 camtu. Diorang tengah buat promosi tu. Product baru katanya.

296774_476157489107853_1739198161_n

We decided untuk beli yang 10KG dulu. Tengok macam mana penerimaan anak anak kucing ini. Kemudian, nak tengok sesuai atau tidak dengan persekitaran rumah kitorang. Lagipun cat litter jenis sisa kayu pain ini boleh jugak dibuang di lubang tandas. Secara praktikalnya lebih kurang macam silika jugak lah.

582308_476157519107850_2105505560_n

Butiran butiran sisa kayu pain ini kecil kecil. Agak ringan jugak lah gamaknya.

23369_476157569107845_580721435_n

Kami cuba dulu macam mana 🙂 Kalau secara praktikalnya anak anak kucing ini suka, then boleh proceed kepada pembelian yang lebih pukal ahaks.

537309_476157539107848_1144548972_n

10294_476157732441162_1233362348_n

Aku try letakkan kedua dua jenis cat litter ini bersebelahan. Nak tengok kucing kucing ini suka buang air dimana.

27273_476157702441165_886043339_n

Dan hasilnya eksperiman aku ialah anak anak kucing ini lebih suka buang air di Cat Litter Silika berbanding Cat Litter daripada sisa kayu pain. Tadi pagi aku dok tengok lebih banyak tahi dan air kencing kucing di dalam bekas silika berbanding bekas sisa kayu pain (lupa nak ambil gambar). Boleh jadi juga saiz sisa kayu pain itu terlalu kecil.

Dari segi tahap teraburnya memang serupa dengan pasir. Amat berbeza dengan silika yang saiznya agak besar sedikit – menyukarkan untuknya dari melekat dicelah celah tapak kaki kucing.

Berdasarkan kepada pemerhatian aku juga, banyak sisa sisa kayu pain yang berterabur diatas lantai. Mungkin faktor ‘ringan’ sisa kayu pain itu kot – melekat di celah celah tapak kaki kucing. YES, diakui ada juga butir butir silika yang berterabur diatas lantai. Tapi jumlahnya taklah sebanyak sisa kayu pain / pasir.

Dari segi harganya pula, so far untuk 5L silika tu kitorang dapat dengan harga RM16. Kiranya still lagi murah berbanding yang lain. Harga promosi.

Moral of the story, cat litter silika / silica lebih baik untuk anak anak kucing di rumah aku. Kucing orang lain aku tak tahu huhu. Can try this at home

Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner)Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszillVideo (Youtube) dan  Google +

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI