Nasi Ganja Ipoh
Menu nasi ganja ini dijual di restoran / kedai kopi cina lama yang teletak di Jalan Yang Kalsom berhampiran dengan balai polis. Perniagaan nasi ganja ini sebenarnya ialah dari perkongsian pemilik kedai kopi, Ang Kwang Ngiap yang hanya menjual minuman dengan pemilik nasi kandar, Mohd Nihmatullah Syed Mustafa.
Menu popular disini ialah nasi putih dengan ayam goreng merah, sambal rempah, timun dan telur masin. Kedai ini beroperasi setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 9 petang.
Alamat:
Kedai Kopi Yong Suan
No 2, Jalan Yang Kalsom
Taman Jubliee
30300 Ipoh, Perak
Tel: 05-254 4314
Restoran Nasi Vanggey
Restoran nasi kandar yang terkenal di Ipoh. Menu masakannya sama seperti lain-lain restoran nasi kandar. Keistimewaannya adalah dari resepi rempah tersendiri yang memberikan rasa yang cukup menyelerakan. Restoran ini mempunyai banyak cawangan.
Menu apa yang popular disini? Ayam madu dan ayam goreng sebab ramai yang kata rasanya memang lagenda. Selain itu, Roti Naan Cheesenya pun dikatakan amat memikat selera.
Alamat:
Nasi Vanggey
Greentown Business Centre,
30450 Ipoh, Perak.
Tel: 05-2456786
Restoran Mee Rebus Ramli
Kepada penggemar mee rebus anda harus cuba dan rasa keenakan mee rebus Ramli. Selain dari makanan yang sedap, harga untuk semangkuk mee rebus hanyalah RM3.90 (as of now). Selain dari mee rebus, ada disediakan menu lain seperti makanan barat, laksa, mee sup, nasi ayam, nasi goreng chicken chop, kueyteow goreng dan nasi goreng ayam.
Lokasi Restoran Mee Rebus ini terletak bersebelahan dengan KFC, Pizza dan terletak didalam kawasan tasek Ipoh. Beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.
Alamat:
Restoran Mee rebus Ramli
No. 767 , Taman Tasik Jaya
Jalan Kuala Kangsar,
31400 Ipoh, Perak.
Tel: +60 13-581 7601
Restoran Mee rebus Ramli juga telah membuka 2 cawangan restoran yang terletak di Jalan Raja Ekram dan Persiaran Perpaduan Utara 1 Ulu Kinta Perak. Jangan lepaskan peluang untuk rasa Mee rebus Ramli jika anda ke Ipoh.
Restoran Tasik Raban
Restoran Tasik Raban meyediakan pelbagai jenis menu yang berasakan masakan kampung yang sangat enak dan menu utama ialah ikan bakar air tawar. Selain itu menu istimewa yang dihidangkan untuk pelanggan ialah gulai tempoyak, ikan pekasam dan lain-lain lagi. Antara jenis ikan bakar yang disediakan ialah talapia, keli, kembung, pari, plata, siakap, jelawat, patin, lampan dan lain-lain lagi. Harga untuk ikan bakar mengikut harga pasaran dan saiz ikan.
Alamat
Jalan Kompleks Sukan,
Taman Canning, 31400
Ipoh, Perak,
Tel: 017-417 7223
Waktu Operasi: 11 pagi – 5 ptg)
No. 1A Medan Stesen 19/5 (Balakong Tesco)
Stesen 18, 31650
Ipoh Perak
Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam)
Mee Daud Mat Jasak
Khusus untuk penggemar mee kari dan mee kicap. Keistimewaan mee kari ini ialah kuah karinya yang berlemak dan pekat selain itu disediakan bersama fish ball dan tauhu untuk menaikkan selera tetamu.
Mee kicap pula disajikan bersama dengan yong taufu. Keenakan mee kicap ialah kerana campuran kicap yang digunakan ketika memasak dan sup yang disediakan. Mee daud Mat Jasak telah membuka 4 cawangannya di sekitar Bandar Ipoh.
Alamat
Mee Daud Mat Jasak
Jalan Datuk Onn Jaafar,
Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.
Mat Periuk Cafe
Kafe berkonsepkan hipster yang menyediakan menu timur dan barat. Antara menu popular dikalangan pengunjung adalag Nasi Goreng Atok, Grilled Platter dan Spaghetti Aglio Olio. Menu minuman popularnya pula ialah Bandung Cinta Sayang.
Alamat:
Lot 22241, No.40,
Hala Tasek Timur 10,
Kampung Tersusun Tasek,
31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 4 ptg – 12 tgh mlm (Dibuka setiap hari kecuali hari rabu)
Tel: 60 17-572 5579
Restoran Simpang Tiga Ipoh
Restoran Simpang Tiga, Ipoh menawarkan citarasa khas padang, Moden, Seafood, Western & Nusantara. Selain menu lauk-pauk di stesen, pelanggan juga boleh memesan menu ala-carte (menu Thai, Cina & tempatan) atau set.
Alamat:
D-G, Jalan Dato Seri Ahmad Said,
Kampung Kastam Greentown,
30450 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam (setiap hari)
Tel: 05-255 1220
Laksa Telur Goreng Bersarang @ Bandar Seri Botani, Ipoh
Restoran Laksa Goreng Bersarang ini menggunakan konsep setinggan (rumah lama) dan menggunapakai hiasan dan perlatan rumah lama-lama. Very the classic. Restoran ini menghidangkan satu menu sahaja iaitu laksa dan boleh tambah fish cake atau ikan atau telur goreng bersarang dll.
Alamat
1, Jalan Margosa B/15,
31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 12 tghari – 7 ptg (Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat)
No Tel: 018-577 2955
tempat menarik di ipoh pada waktu malam, restoran simpang tiga ipoh, mat periuk cafe ipoh, restoran simpang tiga ipoh perak malaysia, tempat makan best di taiping, nasi vanggey ipoh, restoran saffani ipoh, makan best ipoh cafe ipoh perak malaysia, buffet ramadhan restoran simpang tiga ipoh, pelakon simpang 3, restoran simpang tiga ipoh 2016, nasi padang di ipoh,
simpang 3 tv3 pelakon, harga makanan restoran simpang tiga ipoh, man yong tau foo ipoh, kedai makan di ipoh, nasi vanggey ipoh original, restoran nasi vanggey ipoh, perak, malaysia nasi vanggey yong suan, nasi vanggey ipoh halal, nasi vanggey ipoh operating hours, nasi vanggey kl, nasi vanggey kuantan, nasi vanggey ipoh sedap,