Tempat Menarik di Langkawi – Pantai

Pantai Cenang

Pantai paling popular dikalangan pelancong. Terdapat 1001 kemudahan termasuklah hotel, chalet, restoran, spa, pusat huburan etc. Kebanyakan kedai, bar dan restoran dibuka sehingga lewat malam menjadikan kawasan ini ‘hidup’ dan menerima ramai pengunjung sepanjang hari. Memang meriah. Nak naik jet ski, kayak, banana boat etc pun ada.

Pantai Tengah

Terletak berhampiran dengan Pantai Cenang yang hanya dipisahkan dengan sebuah kawasan berbukit. Serba serbi kemudahan yang ada di Pantai Cenang, turut ada di sini. Namun, suasananya lebih tenang dan tidak seramai pengunjung di Pantai Cenang.

Pantai Pasir Tengkorak

Dikatakan antara pantai tercantik di Langkawi. Ia terletak berhampiran dengan Teluk Datai. Namun, dek kerana kedudukannya yang agak jauh kira-kira 37 km dari Pekan Kuah, pantai ini lebih banyak dikunjungi oleh penduduk tempatan berbanding pelancong. Pasirnya putih, lautnya jernih dan ada deretan pokok kelapa disekitarnya. Memang sesuai untuk aktiviti perkelahan dan mandi-manda.

Pantai Teluk Yu

Namanya sahaja Pantai Teluk Yu. Tapi tiada ikan yu pun kat sini. Pantai ini terletak di Jalan Teluk Yu, kira-kira 21 km dari Pekan Kuah. Terletak berhampiran dengan Pantai Pasir Hitam. Pantai ini sebahagian besarnya akan tenggelam ketika air pasang.

Pantai Pasir Hitam

Uniknya pantai disini ialah kerana pasirnya yang halus dan berwarna hitam. Terletak di Jalan Teluk Yu berhampiran dengan Pantai Ikan Yu. Mitos penduduk tempatan menyatakan asalnya pasir di pantai ini putih, tapi bertukar kepada warna hitam selepas disumpah oleh Puteri Duyung yang marah dengan perbuatan seorang nelayan yang mencuri cincinnya.

Pantai Kok

Keadaan persekitaran di pantai ini lebih aman dan tenang sebab tiada hotel, chalet atau restoran melainkan dua buah hotel mewah yang terletak berhampiran dengannya. Pantai ini terletak di bahagian barat Pulau Langkawi iaitu kira-kira 30 km dari Pekan Kuah.

Pantai Tanjung Rhu

Merupakan tanjung berpantai landai yang terletak di timur laut Langkawi. Pada sesiapa yang sedang asyik bercinta, bolehlah datang sini. Sebab katanya disinilah pantai paling romantis di Pulau Langkawi. Lautnya biru kehijauan dan ada banyak pokok rhu disekitar pantai ini. Antara lokasi paling cantik untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.

Pantai Teluk Burau

Hanya bahagian tengah pantai ini sahaja yang dibuka kepada orang awam. Sebab? kedua-dua hujung pantai ini adalah kawasan persendirian milik dua hotel mewah. Pantai ini berlatarkan kaki Gunung Mat Cinchang. Sangat sesuai untuk aktiviti perkelahan, snorkeling. Disini juga merupakan tempat tumpuan habitat semulajadi pelbagai spesis burung.

Pebble Beach

Tidak sesuai untuk mandi-manda atau aktiviti perkelahan. Kecantikannya lebih kepada keunikan pantainya yang diliputi oleh batuan pelbagai bentuk, saiz dan warna. Pantai ini terletak berseberangan dengan air terjun Temurun di Datai. Untuk datang ke sini, pengunjung perlu meredah laluan belukar kira-kira 50m. Kedudukannya pun sedikit tersorok sebab ketiadaan papan tanda (katanya). Kalau nak ke sini, perlu datang ketika air laut sedang surut sebab sebahagian besarnya akan tenggelam ketika air pasang.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI