TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI YANG INGIN AKU LAWATI – PART 2

langkawi cable car

Yeah, syukur aku diberikan kesempatan dan kudrat untuk membuat entry tempat menarik di Langkawi yang ingin aku lawati part 2 ๐Ÿ™‚ Biasalah, hati sedang risau anak kucing aku tak jugak nak beranak. Pada masa yang sama, ada sedikit salah faham dalam urusan kerja dan aku malas nak cakap lebih. Biarlah depa uruskan. Ada aku kisah.

Pada awalnya, aku sedikit keliru dengan Langkawi Cable Car, Oriental Village Langkawi dan juga Langkawi Geopark. Ish, tension jugak nak cari maklumat. Aku dok cari maklumat kat laman web Majlis Perbandaran Langkawi pun tak ada. Diorang ini betul ke tak betul. Patutnya kalau dah bandar pelancongan tu maklumat kene ada kat dalam laman web diorang. Ini dok mengharapkan laman web syarikat luar. Hampeh.

Last last aku dapat info in English dan juga beberapa blog yang bercerita mengenai pengalaman mereka sepanjang percutian ke Langkawi ( Cable Car ). Sentap.

Langkawi Cableย 
Opening Hours: 10am – 8pm
Address: Jalan Telaga Tujuh Teluk Burau, Langkawi, Kedah 07000
Tel: (604) 959 4225

Langkawi Cable Car ini rupanya terletak di Oriental Village. Disini juga terletaknya Langkawi Geopark. As orang luar, aku lebih mengenali Cable Car dan Geopark berbanding Oriental Village. Kat Oriental Village ini ada mini zoo dan beberapa daya tarikan yang lain. Tapi yang paling menjadi tumpuan orang ialah Cable Car nya.

Cable Car di Langkawi merupakan cable car yang tertinggi di Malaysia dan ia akan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke puncak Gunung Mat Chinchang. Anda akan disajikan pemandangan indah dan sekiranya anda menaiki cable car pada waktu petang anda juga akan dapat melihat pemandangan matahari terbenam.

Jadi, dah kene fikir nak naik waktu pagi atau lewat petang. Macam best je kalau pergi pada lewat petang kan. Apa guna beli camera mahal kalau tak di pakai hahahaha.

Harga Normal Tiket Kereta Kabel Langkawi ni:

Adult = RM30 (with Mykad = RM15)
Child = RM20 (with Mykad = RM10)

Harap time aku pergi nie orang tak ramai sangat + malas nak beratur + cuaca pun sepoi sepoi bahasa sokmo ๐Ÿ™‚

Emm, aku nie bukannya nak sangat naik Cable car pun. Tak ada pilihan. So, aku OK kan je lah. Gayat sangat rasanya nanti. Mesti aku rasa lemah semangat dan terasa macam nak gugur jantung hatiku ini. Gitew.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI