Berdasarkan kepada pengamatan aku, rasanya kedai barangan bebas cukai paling popular di Langkawi ini ialah Idaman Suri. Sangat ramai OK orang yang singgah memborong barangan bebas cukai kat Idaman Suri ini. Memang jauh beza dengan Kedai kedai yang lain.
So, memang betullah survey yang aku buat. Harga untuk barangan dapur macam pinggan mangkuk, periuk belanga etc memang lebih murah disini.
Aku tidak pasti bagaimana kualitinya. Tapi, memang tak putus putus orang datang sini time hari cuti. Berkat rezeki cuti pada hari jumaat kot huhu.
Tatkala premis bebas cukai yang lain dok agak kurang pelanggan, Idaman Suri ini dok sibuk riuh rendah dengan 1001 jenis urusan niaga. Macam mana aku tahu? Dalam masa kurang satu jam, aku meronda ronda kat Pekan Kuah ni hahaha. Lagipun kedudukan premis premis perniagaan ini tak jauh.