Tempat Pelancongan Menarik & Best di Ipoh Perak

Stesen Kereta Api Ipoh

Jika siangnya, ia menjadi tumpuan orang ramai yang mengguna perkhidmatan kereta api, waktu malam di dataran hadapan stesen bertukar menjadi kawasan riadah keluarga, anak-anak remaja bermain rollerblade dan pertunjukan hiburan oleh kumpulan buskers.

Kepada mereka yang gemar menangkap gambar, Stesen Keretapi Ipoh adalah lokasi yang cantik untuk melakukan sesi penggambaraan. Terdapat banyak kelebihan yang ada disini antaranya ialah, suasana persekitaran yang cantik dan reka bentuk bangunan yang klasik.

Struktur senibina Turki ini juga digelar Taj Mahal Ipoh oleh penduduk setempat kerana reka bentuk binaannya hampir menyerupai bangunan terkenal itu.

Muzium Darul Ridzuan

Bagi yang ingin mengetahui sejarah pembangunan Ipoh, lawatilah muzium yang sudah pun berusia lebih 100 tahun ini. Menariknya, seni bina muzium ini mempunyai ciri-ciri Inggeris.

Bangunan ini dibina dengan ciri-ciri Inggeris. Terdapat dua buah kubu pertahanan udara dibina pada 1940 untuk berlindung dari serangan tentera Jepun. Tujuan asal muzium ini adalah untuk menyimpan bahan sejarah perlombongan bijih timah dan perhutanan di Ipoh.

Di dalamnya pula mempamerkan artifak serta bahan sejarah perlombongan bijih timah dan pertanian di Ipoh.

Gua Tempurung

Gua tempurung terletak di Gopeng. Ia adalah sebuah gua batu kapur yang cantik. Ia merupakan antara gua terpanjang di Semenanjung, iaitu kira-kira 1.9km. Gua ini mula dibangunkan sebagai pusat pelancongan oleh kerajaan negeri Perak pada tahun 1995 dan mula dibuka kepada orang-ramai pada tahun 1997.

Untuk kemudahan dan keselesaan pengunjung, lampu dipasang sepanjang laluan pejalan kaki dan tangga. Yang inginkan cabaran, boleh mengambil pakej aktiviti lasak yang ditawarkan. Didalam gua ini terdapat ikan yang hidup didalam sungai, burung-burung yang membuat sarang didalam gua serta pokok paku-pakis yang jarang ditemui.

Taman Rekreasi Gunung Lang

Destinasi wajib dikunjungi oleh pencinta alam semula jadi. Dengan menaiki bot yang disediakan, pengunjung dibawa menyeberangi tasik sambil melihat panorama menarik di sekeliling bukit batu kapur. Ia merupakan sebuah tasik bekas lombong bijih timah yang dipulihara untuk dijadikan destinasi pelancongan di Ipoh. Ia terletak diatas bukit batu kapur. Lokasinya tidak jauh dari pusat bandar iaitu di Jalan Kuala Kangsar.

Ia dihiasi dengan aneka spesies tumbuhan berbunga dan kolam-kolam kecil, sesuai dijadikan lokasi bergambar. Selain itu, pengunjung boleh memanjat menara tinjau dan memberi ikan makan.

Lost World of Tambun

Bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti menarik di taman air seperti Jungle Wave Pool, Adventure River, Sandy Bay, Cliff Racer, Tube Raiders dan Kids Explorabay. Malah orang ramai boleh berhibur di taman tema kering, bermain dengan haiwan di Petting Zoo dan melihat harimau Siberia di Tiger Valley.

Tidak ketinggalan juga, pengunjung boleh mempelajari sejarah perlombongan bijih timah di Tin Valley, menyertai aktiviti lasak di Adventure Park dan bersantai secara sihat di 8 kolam air panas di Lost World Hot Spring & Spa.

Masjid Negeri

Mula dibina pada tahun 1966 dan siap dibina pada tahun 1958 dengan kos sebanyak RM1.84juta. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan ldris Iskandar Shah II , sempena perayaan ulangtahun keputeraan baginda yang ke-33 pada 15 September 1978.

Antara keunikan masjid ini ialah terdapat 125 buah kubah dibina diatas bumbung masjid. Masjid dua tingkat ini berkeluasan 84 meter panjang dan 42 meter lebar.

tempat makan best di ipoh, gerbang malam ipoh, gunung lang ipoh, pasar karat ipoh, tempat menarik di kuala kangsar, taman jepun ipoh, air terjun di perak, tempat menarik di lumut perak,

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI