Seawal 10 pagi pada hari kedua di Paris.. kami naik Metro menuju ke Montmarte Basilique du Sacre-Caeur untuk melihat Paris dari atas bukit.
Macam mana nak pergi sini? Tengok maps sebab destinasi kita berbeza-beza. Kami berhenti di station Abbesses. Google Maps je dikkk. Sebab negara Eropah nie segala-galanya boleh diakses via Internet. Sangat terperinci penerangan yang diberikan. Nak stop dan naik kat mana semua diberitahu.
Ada gereja dan perkampungan kat atas bukit tu. Memang rezeki melimpah ruah kat orang kampung sana. Tapi yang hebatnya, kat kaki bukitnya pula kedai kedai yang ada kelihatan dikuasai oleh orang india.
Kalau nak membeli cenderamata, beli lah kat area sini je. Sebab lebih murah berbanding tempat lain katanya. Kene pandai memilih dan bandingkan harga. Macam keycain ni kami beli 10 untuk Euro4. Ada juga kedai yang jual 13 untuk Euro5. Fridge magnet pun murah je. Boleh dapat murah pada harga Euro6 untuk 10 unit.
Hati-hati dengan warga afrika yang dok menjual gelang atau what so ever jualan. Jauhi mereka sejauh mungkin. Buat dek atau masukkan tangan ke dalam poket. Jangan sampai mereka tarik. Nanti dipaksanya membeli. Aku cakap nie sebab aku memang kene. Mat Afrika tu tarik tangan aku dan paksa-paksa aku. Kita buat lah muka kesian seposen nak nangis dan meraih perhatian sekeliling. Akhirnya lepas. Tak lama selepas itu mereka kelihatan bersurai sedikit demi sedikit. Aku memang tak fikir lain. Cabut lari dan cepat-cepat naik atas.
Nak naik atas bukit tu boleh juga nak train. Pemegang tiket yang seminggu ini pun boleh guna untuk naik train. Jadi, mudah ler.
Kat atas bukit itu pun ada Espace Dali. Ada sekumpulan orang yang menjual lukisan. Sangat cantik dan unik kelihatannya. Boleh tengok dan beli jika berkenan.
Try lah jalan-jalan masuk ceruk kampung dan lorong di sekitar kawasan. Memang unik dan cantik seni bina rumah kat situ.