Terbang dari Langkawi ke Shenzen Guna AirAsia

Penerbangan dari Langkawi ke Shenzen dijangka bermula pada 21 Julai 2017 dengan kekerapan sebanyak tiga kali seminggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Dijangkakan laluan terbaru ini akan dapat meningkatkan jumlah pelancong dari China ke pulau bebas cukai ini.

Pembukaan laluan ini kelak dijangka mampu meningkatkan jumlah pelancong dari China ke Malaysia dan Langkawi secara khususnya.

Ini merupakan laluan antarabangsa ketiga syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan dari Langkawi selepas Singapura dan Langkawi. China merupakan pasaran pelancong terbesar Airasia ke Langkawi diikuti oleh United Kingdom, Singapura dan India.

Selain penerbangan antarabangsa, Airasia turut mengendalikan penerbangan domestik ke dan dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Sumber: Kosmo, BHarian, Utusan Malaysia

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI