TERBELI TELUR PADI

image

Aiyooo, aku terbeli Chicken Century Egg (Telur Padi Ayam). Terkejut beruk jap aku kat rumah tatkala mahu masukkan telur ini ke dalam peti sejuk. Aku ingatkan telur masin. Rupanya telur padi! Padi celah bedah mana aku pun tak tahu.

Terus aku Whatsapp Makcik Salina Bachok. Rupanya dia pun tak tahu. Pengsan.

Terus Google dan inilah penemuan aku. Telur padi ini merupakan telur ayam yang disalut dengan padi. Padi yang panas tu, menyebabkan telur padi ni kelihatan seperti jeli.

Yang menariknya, telur padi tak perlu direbus untuk dimakan. Boleh makan terus lepas dikupas kulitnya. Dia lebih kurang cam telur masin jugak lah. Katanya, kalau nak lebih sedap, telur padi ni dimakan dengan kicap, bawang dan lada digaul sama. Mesti sedap kalau dimakan dengan nasi putih panas.

Rasanya, lemak-lemak manis gitu katanya. OK, boleh cuba lah menu ini untuk sahur atau berbuka nanti.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI