Terima kasih Unit Komunikasi Korporat (UKK). Tanpa dirancang dan disedari langsung, aku bukan lagi dibawah Unit Komunikasi Korporat. Memori dari 1 Julai 2009 hingga 31 Oktober 2013 akan tetap diingati sampai bila-bila 🙂
Bermula pada 1 Nov 2013, aku berpindah pejabat yang tertinggi plak. Pengsan pakcik. Suasana persekitaran dan cara bekerjanya pun totally berbeza dari yang sebelum ini. Aku masih lagi membiasakan diri dengan suasana seperti ini. Still lagi nak membiasakan diri dengan cara bekerja bos-bos yang ada kat pejabat baru ini hahaha. Priority dik.
Aku saja je main cantum-cantum gambar sepanjang aku bekerja di UKK. Can you imagine? Dok belajar lain, kemudian kerja benda lain. Sangat struggle sepanjang 4 tahun di UKK. From nothing, i gain something 🙂
Dahulu, pejabat UKK berada di tingkat 9. 1st time aku daftar diri, aku masuk dengan baju yang basah lenjun. Yelah kan, datang kerja dengan menaiki motosikal Yamaha Lagenda dari Ampang Jaya hahaha. Gigih u ollzzz.
Mula-mula masuk, rasa macam malu-malu kucing je. Hairan cz pejabat nampak macam sempit yang amat. Then, pagi-pagi kene baca surat khabar hahaha. Macam tak ada kerja lain je diorang ini. Oh, rupanya itulah kerja yang patut UKK buat. Kene monitor berita apa yang keluar di surat khabar. Pada masa itu baru aku tahu rupanya kerja UKK ini related dengan perhubungan awam + media. Pengsan.
Time tu jugak lah Fame Ville tengah popular. Akulah yang dok ajar makcik-makcik pejabat & bos aku main Fame Ville hahahaha. Sesuai sangat kan ahaks.
Banyak jugaklah kenangan sedih, manis, tawar etc bagai sepanjang 4 tahun lebih aku bekerja di UKK. Macam-macam perangai aku jumpa hahaha. Sabar je lah dik.
—
Eh Comel pulak aku tengok gambar aku ini hahahaha. Kebanyakan yang datang, mesti akan kata aku ‘jambu’. Pengsan. Ko ingat aku tak dengar korang cakap? Saja je buat drama ala-ala tak dengar hahaha.
Apapun, to all UKK & BPM : Terima kasih kepada semua yang banyak menyokong, membantu dan back-up aku ahaks. Ehem ehem.
Tak sempat lagi nak buat makan-makan kat UKK. Tunggulah dulu ada duit lebih, nak buat open table kat UKK. Samaada Ayam Kampung, Wong Solo atau Katering je pun OK gak. Pilih mana selera diorang. Pada masa yang sama, kene tengok balik jadual masing-masing. No point kalau buat tapi orang tak ada huhu. Alasan!
4 tahun lebih di UKK, aku banyak belajar dah rasanya. Cukuplah tu kan? Then, aku kene pandang lebih kehadapan demi kemasalahatan masa depan aku. What next….what next…then what next.
Pengsan 100 kali terus.
Kene pandai bahagikan masa untuk business ( KerinchiCom, Putrajaya2U) + pembiak kucing parsi + kumpul asset + timba seberapa banyak pengalaman + ambil seberapa banyak ilmu pengetahuan baru. Kumpul harta pun penting jugak dik hihi.
Aiii, takutnya. Doakan yang terbaik OK 🙂 Terima kasih.