TERPAKSA JUAL ANAK KUCING

Aku terpaksa bersetuju + mengambil keputusan untuk menjual (melepaskan) salah satu kucing kesayangan aku —> Socky. Keputusan diambil atas beberapa faktor. Antara faktor utamanya ialah kekangan masa untuk menjaga bilangan kucing yang banyak. Pada masa yang sama, aku concern akan keadaan dia yang tidak ‘disukai’ oleh si Jantan Hiroki. Banyak kali on heat, tapi langsung tak ‘disentuh’ oleh Hiroki. Tension plak aku dibuatnya.

Nak mandulkan, tapi kesian dan sayang plak cz baka cantik. Pada masa yang sama, tak boleh biarkan dia on heat sokmo tanpa melakukan sebarang hubungan sex. Kalau dibiarkan je, nanti dia sakit + stress. So, better diserahkan (dijual) kepada kenalan terdekat.

Socky diserahkan (dijual) pada harga RM250 sahaja. Nak bagi percuma, tapi rasa macam tak syok. Selalunya benda yang percuma ini orang kurang hargai. Nak bagi harga mahal pun tak syok juga cz aku tidak anggap urusan ini sebagai jual beli.

Gambar diatas diambil pada malam terakhir sebelum Socky berpindah milik. So sweet. Tuan barunya tinggal di Batu Pahat Johor 🙂 Semoga dia berbahagia + seronok tinggal bersama keluarga baru. Lovely family katanya u ollzzz. Pengsan.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI