Ada kedai coklat sedap di area Jonker Walk Banda Hilir Melaka. Ini company muslim, so kiranya status halalnya memang tidak perlu diragui lagi huhu. Insyaallah. Tagline kedai coklat ini ialah Memorable Taste To Savor. Ehem ehem
Agak agak letih berjalan di area Jonker Walk tu, boleh je singgah di kedai coklat ini. Ala-ala berkonsepkan kedai boutique chocolate pun ada gak. Nice view. Aku malu nak ambil gambar kat dalam kedai tu. Lagipun nampak macam ada big boss nya. Aku sempat jugak berbual-bual dengan dia. Tapi pada masa itu aku speechless. Tak tahu nak kata apa. Cz aku pun bukannya pelancong. Memang sokmo datang melaka cz housemate pun orang melaka. hahaha Pengsan.
Apapun, memang terbaiklah coklat coklat yang ada disini. Aku suka. Tapi AWAS, harganya pun boleh tahan. Jangan ambil banyak sangat hihi. Nasib baik diorang tagging harga pada setiap coklat yang dijual. Average setiap satu berharga RM1.50 ke atas. Mungkin harganya bergantung pada harga bahan mentah coklat tersebut.
Aku beli 6 biji coklat. Average harga yang dikenakan ialah sekitar RM10.00 camtu. Nyum nyum. gigih pilih coklat flavor mana yang paling sedap hahaha. Ada beberapa coklat yang aku tak rasa lagi. Mungkin next time aku akan datang sini lagi dan pilih mana mana yang berkenan dihati. Gitew
Goodluck. Aku rasa, kedai ini memang boleh pergi jauh as long as ada ciri ciri inovasi dan keunikannya yang tersendiri.
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +