TIDAK PUAS HATI DENGAN CENANG REST HOUSE, PULAU LANGKAWI

image

Aiii, aku memang anti giler dengan Cenang Rest House, Pantai Cenang Langkawi ini. Tak habis habis dengan masalah airnya. Tak malu dengan customer ke? Berkat ke keuntungan yang diterima tu? Kecewa yang amat.

image

FYI, sampai sekarang diorang tak bagi tuala. Dah habis katanya. Pengsan. Pastu, kalau betul ada masalah air…bagi lah baldi or what so ever. Boleh customer takung air siap siap.

Malam tu aku dengar jawapan yang lain. Pastu esoknya aku dengar jawapan yang lain pulak. Mana satu versi yang betul nie? Nampak sangat salahnya.

Petang tu aku mandi kat bilik bawah bangunan sebelah. Bau kat bilik tu agak berbau busuk, bersawang dan azab. Sabar je lah.  Malu betul aku dengan pelancong luar yang datang menginap kat sini.

image

Kemudian, ada satu ketika belah pagi tu aku pergi mandi kat bilik tu. Boleh plak tengah sedap sedap mandi, air tak ada. Hangguk nak mampus. Adalah jugak 15 minit lebih aku tunggu kat dalam bilik tu semata mata nak tunggu air keluar. Hampeh.

Pedih OK mata aku cz bersabun bagai. Last last aku naik atas berlenggeng dengan hanya memakai tuala sahaja. Nasib baik orang tak ada sangat time tu. Hati panas je time tu.

Masuk je bilik, kawan aku boleh plak kata kat bilik ada air. Dia siap beritahu dah mandi. Aiiiii, ada air pulak kat bilik nie. Tingtong betul sistem perpaipan Cenang Rest House ini.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI