- Tempah tiket penerbangan seawal 6 bulan supaya dapat lebih jimat. Lagi murah jika beli pada ketika promosi / MATTA FAIR atau what so ever ketika harganya murah.
- Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler,sehelai baju sejuk, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan. Bawa sehelai-sehelai je kalau nak jimat. Lain-lain keperluan pakaian boleh dibeli dinegara berkenaan sebab lebih murah berbanding di negara kita. Tip Melancong Ke Luar Negara
- Pakai kasut yang bersesuaian
- Kos rawatan di luar negara mungkin lebih mahal berbanding di negara kita. Ambillah Travel Insurance sebelum melancong (normally boleh dibeli tatkala beli tiket kapal terbang lagi)
- Bawa adaptor dan plug international. Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita.
- Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati. Jadi bawa sekali powerbank yang mencukupi
- Cetak e-tiket penerbangan beberapa helai sebagai backup plan.
- Sediakan itinerari lengkap sebelum melancong ke luar negara . Itinerari ini sangat membantu mempercepatkan proses kita bersoal jawab dengan imigresen. Jangan cuai di sini sebab kalau silap jawab kita mungkin akan tersangkut berjam-jam di depan pintu masuk atau di lihat seperti seorang penjenayah.
- Cetak slip tempahan hotel, tiket bus, keretapi ,tiket amusement park atau apa saja tiket yang di beli secara atas talian. Slip tempahan ini selalunta akan di tanya oleh pegawai imigresen yang was was jika anda datang untuk bukan tujuan melancong. Tip Melancong Ke Luar Negara
- Catat nombor talipon kedutaan malaysia di negara kita bercuti. Simpan di smartphone dan kertas.
- Pakai kanta lekap? Cuaca terlampau sejuk boleh menyebabkan mata jadi kering dan kita akan rasa tidak selesa. Solusi terbaiknya ialah, pakailah cermin mata
- Simpan ubat dalam satu bekas dan labelkan. Lekatkan senarai ubat di bekas atau plastik tersebut dan hanya tunjuk jika di tanya pada pegawai imigresen.
- Bawa bekalan makanan yang mencukupi. Jadual penerbangan mungkin akan berubah dan kita akan kelaparan sementara menunggu kedai makanan halal di buka semula.
- Jimatkan ruang bagasi dengam membawa peralatan yang jenis pelbagai guna. Contohnya bawa sudu plastik seperti yang di beri peniaga makanan di gerai-gerai sebab ringan dan boleh di buang jika tiada air untuk di cuci. Bekas Mee Segera jangan di buang sebab ia boleh digunakan semula. Bawa satu cukup untuk jimatkan ruang bagasi. Selebihnya bawa mee atau makanan segera yang berbungkus.
- Bawa botol air yang boleh di lipat ke mana sahaja. Botol ni sangat berguna untuk membersihkan diri kerana tandas luar negara rata rata jenis tandas kering.
- Bawa makanan yang tahan lama seperti sambal goreng atau kicap. Kita tidak tahu samaada makanan dinegara tersebut memenuhi citarasa kita atau tidak.
- Cecair yang melebihi 100 ml kebiasaannya akan di rampas jika anda membawanya ke dalam hand carry. Sepatutnya barang seperti ini di letakkan di dalam luggage.
- Punya sifat tak boleh hidup tanpa internet? Beli dan gunalah simkad negara yang kita lawati. Kalau nak jimat lagi, cari penginapan yang punya perkhidmatan wifi percuma di bilik.
- Pastikan anda membawa losyen pelembap kulit ketika musim sejuk. Ramai sarankan bawa losyen minyak zaitun.
- Pastikan tempoh sah passport antarabangsa anda sah lebih dari 6 bulan dari tarikh pelancongan anda.
- Periksa samada negara yang anda bakal pergi memerlukan visa. Tempoh permohonan visa dan tarikh sah laku juga perlu di lihat sebelum melakukan permohonan. Tip Melancong Ke Luar Negara
- Tukar duit atau matawang asing lebih awal. Sentiasa melihat kadar tukaran mata wang asing. Elakkan menukar wang di bank atau di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih rendah. Ada di sesetengah negara yang kita boleh dapat tukaran wang yang lebih tinggi tetapi ia bergantung pada tempat dan kemudahan untuk menukar wang di negara tersebut.
- Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya satu jam atau lebih sebelum waktu check in. Rancang pengangkutan yang betul ke lapangan terbang supaya kita tak terkejar-kejar jika ada barang penting yang tertinggal.
- Bawa sekurang-kurangnya satu atau dua kad kredit atau kad debit sebagai back up plan pada ketika kecemasan atau pada waktu ‘nafsu membeli’ kita membuak-buak sebab ‘murah’.
- Aktifkan kad debit atau kad kredit dengan bank anda sebelum bercuti. Hanya perlu call sahaja mereka atau aktifkan secara online.
- Periksa keadaan cuaca dan suhu semasa bagi negara yang kita akan lawati jika negara tersebut mempunyai 4 musim.
- Sebelum menempah tiket kapal terbang lihat samada negara yang anda lawati itu sedang di dalam tarikh cuti awam , cuti kemerdekaan atau apa-apa majlis kenegaraan yang mereka ada.
- Semak status perjalanan dengan imigresen sebelum ke mana-mana. Ada halangan untuk keluar negara atau tidak
- Ketika di lapangan terbang, jangan sekali-kali meninggalkan bagasi kita tanpa sebarang pengawasan. Jangan juga kita terlalu baik hati memberi pertolongan menjaga beg orang lain yang tidak kita kenali. Macam-macam hal boleh jadi. Tip Melancong Ke Luar Negara
- Sediakan duit secukupnya untuk sepanjang anda berada di luar negara samada di tangan atau di dalam akaun.