Yeah….as you know, sementara menanti kucing aku si Cici nak beranak ada baiknya aku terjah mana mana blog yang bercakap perihal kucing sahaja. Now aku terjah blog Cik Aish. Oh, dia ada bagi satu tips yang mungkin berguna kepada aku selepas cici beranak nanti. Insyaallah
Dia bagi beberapa tips berguna.
- Pergi ke klinik haiwan untuk dapatkan suntikan cacing dan kurap. actually suntikan ni sangat penting untuk si baby yang berusia lebih kurang sebulan macam tu. anak kucing memang senang ada cacing dalam perut. antara simptomnya adalah perut kucing tu bulat dan boroi. haha. korang ingat anak kucing yang kepala kecik tibe tibe boroi tu comel? memang la comel tapi sebenarnya dalam perut tu ada cacing yang boleh membunuh!
- anak kucing perangan tak ubah macam budak kecik baya adik adik kita tu. hehe. selalu selsema dan sakit mata. kalau korang nak tahu, penyakit paling senang dijangkiti adalah sakit mata. dan sakit mata ni ada pembunuh utama kucing especially anak kucing. so, bila anak kucing sakit mata, cepat cepat bawak pergi klinik untuk dapatkan rawatan. doktor akan bagi ubat titis dekat mata.
- kalau anak kucing korang yatim piatu, takde ibu susuan, korang boleh beli susu tepung khas untuk anak kucing dekat kedai haiwan. harganya cuma rm20 satu paket. awas! elakkan guna picagari untuk bagi susu tu, sebab pancutan susu yang kuat dari picagari tu boleh sebabkan anak kucing mati tersedak lalu menjadi arwah. haha. so gunakan botol susu yang puting lembut tu supaya anak kucing boleh nyonyot. sedap ohh..
Huhu..dulu kami adopt cici semasa dia berusia 2 bulan camtu. Kira agak besar jugak lah dia time tu. Memang ada hantar ke Hospital Veterinar UPM Serdang. Tapi jz serah bulat2 kat doktor 🙂 Oh…. ubat cacing rupanya. Oh…sebab buncit rupanya. Now i know hahaha. Pengsan