KESESAKAN LALU LINTAS

Pagi ini aku ada bengkel di INTAN Bkt Kiara. Seperti biasa, aku kene bangun seawal jam 6pagi untuk bersiap2 dan terus gerak – elak traffic jem di beberapa focal point. Lucky ini bukan 1st time aku datang sini. So, taklah rasa janggal / kekok untuk menghadapi kesesakan lalu lintas di KL 🙂 Thx to Allah

Feel bosan / letih / membazir sebenarnya dengan keadaan jem nie. Tapi, kalau nak diikutkan + based on pembacaan dan penceritaan orang, jem di Msia ini hanya picisan berbanding keadaan kesesakan lalu lintas yang ada di lain lain negara khasnya di ASEAN ( Thai / Indonesia ). Tak dapat aku bayangkan macam mana 🙂

Bagi aku, traffic jem berpunca drpd beberapa perkara.

Pertamanya : Bilangan kenderaan yang terlalu banyak. Sebenarnya Dasar Automotif negara sedikit sebanyak membantu mengurangkan bilangan kenderaan yang ada di atas jalan raya. Rasanya harga kereta di negara negara jiran memang tidak dikawal sangat oleh kerajaan. Jadi, harganya lebih murah berbanding di Malaysia – sepengetahuan aku. Biasalah, kalau dah harga kereta murah, so orang pasti akan berlumba2 mahu membeli mana mana kereta ikut citarasa masing masing. Kemahuan mengatasi keperluan.

Kedua : Sistem Pengangkutan Awam. Bagi aku, sistem pengangkutan awam sedikit sebanyak mempengaruhi tafap kesesakan jalan di satu satu tempat. lebih teruk lagi kalau di kawasan itu perkhidmatan pengangkutan awamnya kurang / tiada – memang azab. Mahu tak mahu, penduduk di kawasan tu memang kene beli kenderaan – kereta / moto. At lease Kancil / Viva / Myvi / Saga. Untung sebenarnya kalau duduk berhampiran dengan Bus Station / Tran Station. Lagi untung kalau tempat keje pun dekat dengan menda alah nie juga. Jimat kos yang amat

Ketiga : Perancangan bandar. Aku sendiri hairan sebenarnya dengan pihak berwajib ini. Terang terang kawasan itu jem, tindakan susulan macam susah diambil. Dah tau jem, find lah some solution. Pengsan.. Jem depan mata tapi dok ‘tak apa’. Lagi teruk ada juga kawasan kawasan yang aku tengok pembangunannya macam tak terkawal. Jalan raya serba serbi kekurangan. Tapi pembangunan kawasan perumahan tetap dijalankan. Memang lagi teruk lah kalau mcm tu. Jalan yg tak jem pun jadi jem. Apatah lagi jalan yang sedia jem. Bertambah tambahlah jemnya.

Sekadar pandangan peribadi aku sahaja.

Posted from WordPress for BlackBerry.