TUKAR BATERI KERETA VIVA RINA NATASYA

image

Aku beli kereta area 29 Julai 2010 rasanya. Yelahkan, setahun selepas aku bekerja di tempat sekarang ini. Salah satu hasilnya ialah kereta. Kalau tak ada kereta ini, dah lama aku cari kerja lain. Naik moto lagi syok kot. Duduk di KL time tu. Memang ada keperluan huhu.

Pejam celik pejam celik, dah dekat 3 tahun jugak guna kereta ini. Mean, bateri kereta pun kene tukar. Boleh plak pagi tadi tetiba aku tak boleh start enjin kereta. Lucky sebelum ini aku ada bual bual dengan Azlina pasal masalah bateri habis. Bertukar pandangan dengan dia jap pasal service perodua. How come kereta yang masih dalam waranty n service dari perodua boleh kehabisan bateri (tetiba). Time hantar service tu diorang tak tengok ke? Toyota OK je tengok gayanya?

Nasib baik aku ni jenis tenang je kan. Tak cukup duit, naik bus je p kerja. RM1.00 je pun pergi balik hihi. Lone ranger betul. Abg Mie and the geng yang tolong hantar p jumper kereta aku jap. Pastu pergi beli dan tukar bateri terus.

image

Bajet aku RM150.00 je pun. Saiz bateri untuk Viva ini 40 katanya. Not sure L atau ml atau inci atau cm hahahaha. Kecik je pun saiznya berbanding Proton Saga : 60. Aku sempat jugak snap gambar senarai harga yang ditampal pada dinding kedai tu. Kedai milik bumiputra di Presint 14 tu.

Tawar menawar, akhirnya dapat jenama OSAKI (bateri kering + warranty selama setahun shj). Tolak bateri sedia ada dengan harga RM10, pastu dapatlah harga RM150. Khabarnya kalau beli di tempat lain boleh dapat dalam lingkungan harga RM90 camtu. Boleh percaya jugak tu cz kawasan Putrajaya ini memang diorang tekan betul betul orang sini. Sentap.

Nak buat macam mana, nak pergi yang murah, tempatnya agak jauh + aku pun nak masuk pejabat cepat. So, ON kan je lah kan. Anggap as pengalaman.

So, kene ingat setahun selepas ini ( 4 September 2014 ) aku kene tukar bateri kereta hahahaha. Mungkin boleh survey harga tempat mana paling ideal kot.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI