Tukar Kaca Cermin Kata

Kalau tak silap, telah hampir 2 tahun aku menggunakan cermin mata ini. Lebih kurang RM600 lebih juga lah harganya. Jadinya, terasa malu-malu alah nak menukar cermin mata baru. Mahal kot harganya dikkk. Memang menjadi amalan aku, pakai cermin mata sampai patah. Selagi tak patah, memang aku tidak akan beli atau tukar yang lain.

Tapi, la nie aku rasa macam tak boleh memandu sangat. Semak punya semak rupanya aku punya rabun silau yang agak tinggi. Jadinya, ada keperluan yang penting kat situ. Secara kebetulan menyinggah di kedai cermin mata. Tanyalah harga kaca cermin mata. Sekitar RM200 je kalau tukar cermin sahaja. Bingkai guna je bingkai sedia ada. Boleh buat macam itu rupanya. Aku ingatkan selama ini kena tukar satu set hahahahaha. Pengsan

Pening-pening lalat sekejap jugalah tatkala mencuba pakai cermin mata berkaca baru. Rasa suci murni terang semacam pula sekarang. Aku pula jenis yang tak suka lap cermin huhu. Okay lah, syukur alhamdulillah. Nanti kalau ada duit lebih, boleh je beli bingkai cermin mata yang lebih trendy lagi.

 

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI