NH HOTEL MILAN

image

Di Milan, kami menginap di NH Hotel yang terletak tidak jauh daripada Milan Airport.  Bentuk bangunannya unik : nampak macam condong sedikit hihi.

image

Katanya Hotel ini bertaraf 4 bintang. Yeker? Macam tak percaya je hahahaha. Kalau kat Malaysia,  ini boleh di kategorikan 3 bintang je hihi. Alasan aku ? Tiada perkhidmatan seterika baju ( kene pergi seterika baju di bilik khas diorang ) dan tiada cerek air.

English diorang pun outside!!!! Macam ayam itik bercakap je. Azab sangat kalau bercakap dengan diorang via phone hahahaha. Aku kene ready dengan google translate kat smartphone. Pengsan.

image

image

Konsep bilik air diorang nampak lain kan? Hairan aku, apa gunanya mangkuk tandas yang lagi satu tu? Untuk buang air kecil? Untuk cebuk? Atau untuk basuh baju?

Pastu, diorang siap sediakan berus tandas lagi tu. Memang perlu ke? Setiap hotel dan rumah kenalan yang aku pergi mesti macam ini.

Satu perkara yang aku perasan, lubang tandas tu nampak macam memang kene berus selepas guna. Macam something wrong. Dok melekat sokmo. Apa material yang diorang guna sebenarnya? Tak faham aku dibuatnya huuuuuu.

image