UBAT CIRIT BIRIT UNTUK MAK KUCING

Kesian tengok mak kucing si Cici Esmidar Gonzales. Oleh kerana dia dok cirit beret / berak cair, doktor bagi ubat cirit birit – bagi tahi keras. Huhu, so dia tak boleh nak di vaksin setakat ini. Jz boleh bagi ubat cacing sahaja. After tahi dia keras, baru boleh vaksin hihi. Aiiiii, jenuhlah nanti nak bagi mak kucing ini ubat cirit birit. Makcik ni dah lah susah nak makan ubat. Pengsan banyak kali.

image


Doktor tak bagi dia makan malam nie. At least, esok bagi dia makan isi ayam rebus dan bagi makan ubat cirit birit tu terus. Aiyoooo, mana nak cekau ayam malam malam buta nie? Pastu, ubat tu memang nampak tak sedap. Hahaha boleh?.

Doktor pesan, bagi Cici makan ubat ini sampai tahi dia keras. Kalau dah keras, terus stop. Takut kene sembelit plak makcik nie. Huhu.

Oh ya, sebab sebenar cici cirit birit ini still tak pasti lagi. Tapi, so far kebarangkaliannya ialah faktor pemakanan dia. Time boarding hari tu cici diberi makan RC Kitten. Tapi kat rumah dia makan RC Kitten ( untuk anak dia ) dan juga Persian Cat ( untuk dia ). Haaaaa, sapa suruh makan campur campur. Kan dah sakit.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI