UDANG LIPAN DAN ASAM PEDAS SALMON

image

Setiap kali datang rumah bos, mesti dapat makan lauk yang unik dan tak pernah rasa. Untunglah diiikkkk, memang kene selalu datang rumah dia rasanya.

Tengahari tadi, bos suruh datang rumah dia jap. Makan tengahari kat rumah dia dulu sebelum pergi ke kedai dia / urusan rasmi. Nak dijadikan cerita, sebelum aku nak datang jumpa dia, aku melantak ayam penyet wong solo dahulu. Nasib baiklah aku tak order 2 pinggan hahaha.
image

Not bad juga rasa udang lipan ini. Alaaah, lebih kurang rasa udang biasa juga. Bezanya cuma saiz badannya sahaja. Apa yang aku kagum dan imprezzz ialah, bos aku pandai memasak. Sedap rasa masakan dia. Rasanya, aku memang kene belajar masak sambal telur masin gamaknya.

Ikan salmon? Masaklah apa jenis masakan sekalipun. Rasanya tetap sama.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI