Tanggal 25 November 2012 (Ahad) bermula jam 3 pagi lagi, Mak Kucing Ratu Cici Esmidar Gonzales dah bersiap sedia untuk melahirkan anak anaknya. Aku lah Si Penyambut Baby baby kucing ini 🙂
Penceritaan yang lebih lengkap mengenai detik detik kelahiran anak anak kucing ini ada aku buat di entry-entry sebelum ini + Video di Youtube + Koleksi Gambar di Facebook. Boleh terjah disana huhu
Jika dibuat pengiraan secara hari, pada hari ini iaitu 19 Januari 2013 maka genaplah anak anak kucing ini berusia 8 minggu ( 2 bulan ).
Seakan baru semalam sahaja mak kucing ini melahirkan anak anaknya. huhu. Begitu pantas masa berlalu.
Banyak karenah dan pengalaman baru sepanjang menjaga kucing kucing ini. 1001 masalah dan keseronokan. Sabar je lah. Lagi2 dalam menghadapi karenah mak kucing ini. Pengsan
So far, namanya dah ada – Orange J, Foxie, Shocky dan Mia huhu. Tapi jantinanya tak tahu lagi hihi.
Semakin besar anak anak kucing ini, semakin nakal nakal pulak diorang huhu. Tak apa lah, janji diorang sihat walafiat. Itu sudah memadai.
Dek kerana anak anak kucing ini jugaklah, rumah kene sentiasa dibersihkan. Asal hujung minggu je, mesti nak kene mop dengan dettol. Aku dok bersin sokmo. huhu
Semoga Cici dan anak anak sihat sejahtera hendaknya
Terima kasih kerana membaca blog mykeledek dot com ini. Subscribe via email (Feedburner), Facebook Fanpage, follow Twitter @denniszill, Video (Youtube) dan Google +