VAKSIN ANAK KUCING KALI PERTAMA

image

Semalam, 19 Januari 2013 anak anak kucing ini genap 2 bulan. Its time for vaksin huhu. Seperti biasa, kitorang akan pergi ke Klinik Haiwan & Surgeri Taman Equine Seri Kembangan Selangor.

Memang dah servey harga. Disini lebih murah berbanding Hospital Veterinar Universiti Serdang. Vaksin untuk seekor ialah RM30.

image

Pertama kali anak anak kucing ini keluar rumah hihi. Nasib baik hujan. Jadi, suasana pun sejuk. Agak diam jugak lah diorang ini sepanjang perjalanan.

Seperti biasa, doktor akan check berat badan dan suhu. Tadi, anak anak kucing ini diberikan suntikan vaksin, ubat cacing dan ubat kutu – setiap ekor. Mak diorang plak kami bawa cz nak suh doktor check keadaan bengkak pada puting susu dia. Doktor kata OK. Cepat pulak cici recovered hihi. Syukurlah. Kemudian, alang alang tu bagi ubat kutu sekali kat mak kucing ini.

Ada jugak minta doktor check jantina anak anak kucing ini. Foxie – Betina, Mia – Jantan, Orange J – Betina dan Sockie / Shocky / Socky – Jantan.

image

Agak susah jugak ek nak check jantina budak budak ini. Biasalah, kecil lagi huhu. Nanti, after sebulan dah boleh sahkan betul betul jantina mereka. Clash dengan jantina Mia 🙂

image

Kesian anak anak kucing ini hihi. Kene cucuk. Apapun, dalam ramai ramai nie, Orange J dan Sockie yang paling bising. Hihi

image

Yeah, setiap ekor anak anak ini dah ada report card kesihatan. Syukurlah nak.

Total kos tadi ialah RM180. Vaksin + Ubat Cacing = RM120 (RM30 setiap ekor). Ubat kutu = RM60 (RM10 untuk seekor anak kucing dan RM20 untuk mak kucing).

image

Semoga anak anak kucing yang comel ini akan cepat membesar, sihat dan kuat. Insyaallah

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI