HO CHI MINH VIETNAM : 1001 PERASAAN

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan rezeki yang diberikan dapat aku menjejakkan kaki ke bumi Ho Chi Minh Vietnam ini. Aku bersyukur..

Kami selamat tiba di Lapangan Terbang Saigon lebih awal daripada yang dijangkakan. Area 10 minit je punnnn 🙂 suasananya seakan aman dan very da simple. Apapun, aku terfikir sejenak betapa kerdilnya manusia ini. Aku lihat betapa kecilnya deretan deretan dan binaan disini daripada udara. Macam kotak mancis..
Ohhh…. Apapun, aku rasa selesa dengan imegresen disini. Pujian awal harus diberikan cz tahap kelancaran dan perkhidmatan yang diberikan sangat cepat. Kaunter pendaftaran kemasukan pun mmg dibuka di kesemua kaunter. service sangat cepat. Tidak perlu mengisi apa apa borang kemasukan pun 🙂 ahaks.. Mudah

Tapi suasana orang di lapangan terbang ini memang nampak kesibukannya. Ramai betul orang. Ala2 artis pulak time berjalan keluar tu. Pengsan