Pagi ini iaitu lebih kurang pukul 7.30pagi kami mula bertolak ke Ben Tanh Market yang terletak di Distinct 1. Semalam kami memang daah pergi pun tempat ini. Tapi kali ini kami akan beli secara pukal. Alah, belas2 jerk.
Round sana sini memang kebanyakan kedai baru sahaja buka. Aku pergi awal pun cz tak mahu crouded sangat dengan orang. Harapnya harga yang diperolehi murah lah kan..
Kami pergi round round dan juga ke kedai yang kami pergi semalam. Alah. Kebanyakan mereka memang boleh berbahasa inggeris mudah + ada juga yang pandai berbahasa melayu 🙂 pengsan.
Last last kami borong 9pasang sutera vietnam dan 2 pasang English Cotton. Dalam bab pembayaran pula kene aware dengan pertukaran mata wang. Kadang kadang mata wang US untung dan kekadang Vietnam Dong lebih untuk. Kene alert
Kemudian kami round punya round untuk mencari kain sulam timbul + kain yang bermanik. Tak jumpa pulak disini. Kebanyakannya terlalu banyak corak. Tak larat. Mak datin berangan je yang sesuai pakai nie.
Emmm.. Jenuh juga mahu cari tempat lain. Kami juga mahu mencari barangan kulit. Tak nampak pula mana mana kedai. Cari punya cari, kat area situ ada Saigon Square.. Harapnya adalah barang yang dihajati. Russian Market
Disekeliling kawasan Ben Tanh Market ini ada banyak polis pelancong. Jadi, boleh bertanya. Cuma sepatutnya mereka sudah ada SOP atau Maps atau sesuatu yang memudahkan komunikasi. Mereka patut tahu kawasan sekeliling, bahasa pengantara yang mudah atau kawasan yang selalu pelancong suka datang. Kene tahu our points of interest…
Ada banyak lagi gambar, LIKE dan lihat di Facebook Mykeledek