Sesuatu yang telah dijangkakan, pada waktu ini setiap petang area pukul 6ptg memang akan hujan. Lucky semasa kami mahu keluar jalan jalan pada belah malam, hujan telah reda.
Dalam lingkungan jam 7ptg lbh waktu tempatan, kami bertolak ke Pasar Malam Ben Tanh Market. Saja ronda ronda untuk melihat suasana malam kawasan ini. Teksi yang kami naiki adalah Vanisun Taxi.. Hurmm teksi bermeter dan agak boleh dipercayai. Cuma kelemahannya tiada fixed price untuk pergi ke mana mana tempat. Semuanya bergantung kepada jarak perjalanan dan jalan mana yang digunakan. Buktinya, kali pertama kami pergi tambangnya ialah VD31K dan VD27K untuk perjalanan pulang. Akan tetapi untuk belah malamnya pula tambang yang dikenakan ialah dalam lingkungan VD20K dan baliknya pula ialah VD40K. Pengsan
Jangan sembarang menaiki mana mana teksi yang bercermin gelap. Nanti susah. Dikatakan teksi ini teksi tipu dan akan mengenakan bayaran ang tinggi. Jika pihak penumpang xmahu membayarnya, pintu tidak akan dibuka.Pengsan…
Aku baru sahaj memuji akan perangai orang orang disini. Ahhh baru puji sikit. Aku terkene dan terasa sakit hati lagi dgn insiden layanan pekerja hotel disini yang memang tak mesra pelanggan. Plus pemandu teksi yang mengenakan cas VD40K tu pun memang out betul. Tak sopan dan tak tahu di mana kedudukan hotel kami. Last2 kene paksa bayar tambang teksi lebih. Walhal dia guna jalan yang lebih jauh. Apa kes? Tak puas hati. Cara buka lampu pun membosankan dan kuat2.Its rude for me. Even pemandu teksi semasa kami mahu pergi pun memang kurang ajar jugak. Ohhh…mana2 memang agak sama kot.