HO CHI MINH VIETNAM : JALAN KAKI

Hari kedua aku disini lebih banyak dihabiskan untuk mencari tempat yang benar benar sesuai, murah dan terkini. Puas kami berjalan sana sini.. Tapi tetap tak nampak tempat yang setanding dengan Ben Tanh Market. Kiri kanan melilau.. Tanya polis pelancong sana sini, tetapi hasilnya tetap sama. Kami tak jumpa tempat yang menjual kain ela dalam kuantiti yang banyak.

Even Saigon Square pun kami sudah masuk. Akan tetapi tetap tak memenuhi keperluan untuk urusan kain ela. Saigon Square lebih sesuai untuk mereka yang mahu membeli TShirt, baju kanak kanak, barangan kulit (kecuali jaket) dan baju sejuk.

Aku tercari cari juga barangan jaket kulit. Tetapi tak jumpa juga. Kesian juga aku dengan mereka yang kirim jaket kulit. Tak jumpa..nak buat cmne.
Belah petangnya juga aku berkesempatan jalan jalan disekeliling pusat bandar sekeliling..jalan kaki sahaja. Ada banyak keunikan disini. Orang disini seakan lembut hasil seninya. Banyak hasil hasil lukisan kanvas dan yang seangkatan dengannya memang cantik cantik belaka. Cuma ongkosnya tak mengizinkan sahaja untuk membelinya.

Selain daripada itu, aku tak jumpa langsung station minyak. Puas dan jauh juga kami merayap keliling bandar. Memang tak jumpa. Aku tak tahu kat mana mereka membeli minyak petrol atau diesel.

Sekitar bandar ini juga banyak dihiasi dengan taman taman, tugu peringatan dan yang penting pokok. Even banyak wayar berselirat sana sini di tepi tepi jalan, tetapi pokok pokok besar tetap dibiarkan tumbuh mekar di tepi tepi jalan. Redup je sekeliling. Kan bagus kalau di Malaysia macam ini. Ini tak, sibuk nak tebang sana sini. Panas

Kesibukan jalan rayanya jangan ceritalah. Memang hon sana sini. Lampu isyarat pun rasa macam jarang jarang nampak. Macam sudah menjadi kebiasaan kot orang disini dengan keadaan yang aku sifatkan agak menggusarkan.

Apa yang menyanyat hati disini ialah peniaga peniaga sekitar jalan yang kami lalui. Kesian sangat. Nak beli produk mereka tetapi nak buat macam mana, tiada keperluan untuk aku kot. Tapi tak sure kenapa, ada juga beberapa peniaga yang turut mendokong anak kecilnya tatkala menjual barangan mereka.

Hurmm.. Agak jarang jarang juga aku tengok pengemis atau peminta sedekat disini. Kalau ada pun, mereka pasti akan menjual sesuatu. Bagi aku, its better kalau macam itu. At least nampak juga usahanya. Kalau di KL selalunya tempat tempat pelancongan memang banyak je peminta sedekah. Sesuatu yang berbeza disini.

Aku tak pasti, akan tetapi based on pengamatan aku.. Disini parking awam atau parking berbayar ada dimana mana sahaja. Dan sudah tentu kebanyakannya adalah parking motosikal.

Kemana sahaj kami pergi, pasti akan terjumpa security guard. Even di taman taman awam sekalipun pasti ada sekurang kurangnya seorang penjaga yang memakai pakaian ala ala guard. Kira ok lah tu. Aku tak pasti samaada di Malaysia mereka ada atau tidak 🙂 macam tak ada atau jarang jarang nampak.

Kami juga sempat berjalan kaki jauh dari yang dijangkakan. Rasanya orang orang disini rajin dan gemar berniaga. Dimana mana sahaja pasti akan ada yang diniagakan. Patutlah negara ini cepat maju…

Ada banyak lagi gambar, LIKE dan lihat di Facebook Mykeledek