HO CHI MINH VIETNAM : KHAMIS MALAM JUMAAT

Pejam celik pejam celik, rupanya esok pagi aku dan 4 orang yang lain akan bertolak ke Ho Chi Minh Vietnam. Tepat pukul 5 pagi lebih kami semua harus bersiap siap untuk ke sana. Means, lepas subuh je mesti dah keluar rumah. So area pukul 7 lebih kami sudah boleh naik ERL ++ menuju ke LCCT. Tiket pukul 9.15pagi.
Insyaallah, kami akan solat jumaat di bumi Vietnam. Harapnya aku dapat berjumpa dengan umat islam disana. 1001 pengalaman baru sedang menunggu kami berlima disana 🙂

Perjalanan kami ke sana juga adalah atas urusan mahu membuka suatu perniagaan secara kecil kecilan. Siapa tahu untung sabut… Langkah pertama ini akan memberikan satu idea atau pengalaman baru dalam selok belok perniagaan. Cadangannya kami mahukan sesuatu yang senang dijual dan demand yang tinggi dikalangan rakan rakan atau keluarga terdekat dahulu. Hurmmm still not confident yet 🙂

Malam ini perlu tidur awal, so boleh bangun awal. Oitttt…diharap semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Insyaallah.