Hujung minggu yang lalu, akhirnya aku punya ‘kekuatan’ untuk makan di William’s Corner Kelana Jaya. Ahaks. . . Lama giler tak makan kat sini. Rasanya ini adalah kali ke 3 kot aku makan kat sini. Popular dek kerana portion makanan dan minumannya besar / banyak belaka hihi.
Yang penting, kat sini restorannya sempoi je. Ala ala tak ada buku menu. Mahu menggagau fikir nak makan apa. Aku dok banyak surf internet untuk.dapatkan nama hidangan yang dapat respond positive.
Kami order Soda Herb + Air Manggo Tembikar + Nasi Goreng Ketam + Nasi Goreng Tomyam dengan Ayam Pandan.
See. . Portion airnya sendiri pun dah besar gedabak hihi. Next time kalau makan sini nak kene order satu je. Share is better.
Rasanya saiz hidangan sekarang ini lebih kecil sedikit berbanding dulu dulu – think so. Apapun, bagi aku. . . Still besar dan tak habis makan. Hihi. . Kenyang wooooooo. .sedap
Aku suka kerangupan ketamnya + kelembutan ayam roasted + rasa sambal hijau tu. Nice sangat. . .
Besar kemungkinan aku akan pergi lagi sekali kat sini. Oh. . . Mybe next time aku nak order cheese naan. Nampak macam ramai je orang order cheese naan nie. Makan share. Tengok gaya macam banyak giler dia letak cheese. Ohhhhhh. . . Kecur air liur hihi.
Sebelum terlupa, tapak asal william corner ini dah di upgrade kepada Mayang Oasis. William Corner pun dah bertukar tempat. Tapi area situ gak. Agak agak nampak banyak meja tersusun kat tepi jalan tu + ada ramai orang. . . Yelah tu restorannya. Hihi. . Kat deretan rumah kedai. Nyum nyum