WONG SOLO BANDARPERMAISURI

image

Semalam aku secara tidak sengaja telah pergi melepak dengan Nahar di Wong Solo Bandar Permaisuri Cheras. Asalnya aku nak makan Wong Solo di Kajang je. Tapi rupanya Wong Solo Kajang sudah tutup rupanya. Tak tahu kenapa tutup. Hairan sebab kan sedap ayam penyet Wong Solo tu? Kenapa tutup? Emm, aku rasa tempat tak berapa strategik kot. Kajang majoriti penduduk berbangsa cina dan mereka tak makan makanan yang pedas sangat.

Emm, kalau boleh aku malas dan tak nak makan di Wong Solo Bangi. Penuh memanjang. Pelayan dan pekerja tak cukup. Lagipun aku ini jenis yang malas nak panggil pelanggan banyak kali. Ingat aku ini terkedek-kedek nak makan gamaknya.

Ayam penyet Wong Solo cawangan Bandar Permaisuri lebih besar berbanding cawangan Bandar Baru Bangi. Orang pun nampak macam tak seramai di Bangi. Jadi, mungkin lepas ini aku lepak makan di bandar Permaisuri Cheras sahaja dengan nahar. Sambil lepak dengan dia kan huhu.

Published by

Dennis Zill

Freelance Blogger - Gemar mengambil gambar (masih lagi belajar teknik yang betul) - Suka Jalan-jalan & Traveling untuk mencari pengalaman baru - Pencinta kucing yang tegar. Kenali Dennis Gill lebih lanjut di SINI