Minggu lepas, dok makan malam di Wong Solo Bandar Baru Bangi. Huhu, dari hari ke hari aku rasa macam.makin faham akan jalan jalan di Bandar Baru Bangi ini ahaks. Secara tidak sengaja, ternampak kedai Yogen Fruz ini.
Dok bersebelahan je pun. Nampak macam menarik. That why, sebaik sahaja habis makan ayam penyet di Wong Solo, kitorang terus terjah ke Yogen Fruz ini. Nak try
Aku suka penggunaan warna tema di restoran ini. Nampak sweet, kemas dan sedap mata memandang.
Seperti biasa, time kami masuk memang tak ada orang pun yang datang. Tapi, tak lama selepas tu berbondong bondong orang datang. Aku ada daya penarik kot hahaha. Saka yang kuat! Pengsan.
Aku tengok, restoran ini ada keunikan sendiri berbanding Snogurt dan Tutti Fruity. Lain daripada yang lain r gamaknya. Diorang ada terangkan akan apa yang ada disitu. Tapi aku blur. Tak faham cz semuanya berjakan dengan pantas hahahaha. Abaikan.
See, diorang guna jenama coklat yang berbeza 🙂
Flavour kat sini lebih kurang sama je pun.
Kitorang ambil yogurt biasa dan yogurt yang dicampur dengan entah apa apa perisa. Saja nak try apa bezanya kedua dua jenis ini.
Apapun, aku still suka flavour yang biasa biasa. Tak done nak makan yogurt yang diletak kekacang bagai + frozen fruit. Tak lalu aku nak habiskan. Aku lebih selesa kot makan yogurt yang cuma ditambah dengan buah buahan dan sedikit coklat. Nyum nyum.
Next time kalau datang sini memang boleh pergi lagi. Aku suka rasanya. Tak masam sangat 🙂 lembut je rasanya pun. Boleh layan sampai habis rasanya.
Total kitorang makan kat sini ialah bawah RM30. Mahal cz Yogurt yang ada kekacang + frozen fruit tu rasanya. Kalau ambil yogurt yang biasa2 taklah semahal mana. Huhu, nasib baik ambil sedikit sahaja. Pengsan